Sunday, August 30, 2009

Island trip

Masa yang ditunggu-tunggu untuk ke Great Barrier Reef. atau shorform GBR. GBR ni sangatlah luas dan boleh dilihat dari outerspace. Salah satu pagi sebelum ke konferens, sempatlah jugak pergi ke sana. Kami pilih Green Island untuk melihat GBR sebab banyak kemudahan untuk orang yang ada famili seperti kami.


Semasa bertolak dengan feri bigcat dari Cairns ke Green Island mengambil masa dalam setengah jam lebih.



Feri dari kompeni-kompeni yang berlainan. Kami pilih Bigcat sebab mereka dah establish paling lama.


Dalam feri..ada je budak nak sakat kimi..ni Jacob.

Kimi melihat alam sekitar..rasa aman sebelah Cairns ni..tak macam Sydney. Tapi makanan halal amatlah susah u.

Ni je gambar yang sempat diambil dari jeti kat Green Island..mana ikannya? Kalau kat Redang dah nampak dah..(kes tak sabar).

Cuba teka..mana kimi's mummy?

Permandangan jeti di Green Island


Ikan..


Salah satu spesis ikan ni pernah dijadikan lauk masak steam satu ketika dulu sampai naik muak..he..he..


dan ikan lagi..jangan tertipu gambar ni diambil semasa naik bot ala submarine yang ada glass bottom..ada orang sudah tak tahan naik itu bot (biarlah rahsia..).

Ceh..ceh..


On the way back..sakat menyakat lagi kimi dan kawan baru


Antara gambar corals yang sempat di ambil..staghorn, brain corals bersepah..ada gak sea anemone, sea cucumbers, turtles..ok la kan..dapat jugak tengok.


sea anemone .. sorry gambar tak clear..ni waktu tengahari..camera pun tak canggih.


dan yang best..kami dapat tengok whale. tapi tak leh nak predict bila dia muncul..so ini je yang paling hampir..whale's splashes. jakun semua orang. orang feri tu kata ni lah kali pertama naik feri nampak whale. ok cukup dulu takat ni..3 pos dah..pecah rekod.


No comments: