Monday, May 11, 2009

Laksa Johor de javu Hanan's style

Bila dah lama sikit duduk di perantauan, one thing for sure is that missing the Malaysian foods back at home especially yang susah nak dibeli dan didapati di sini.

So, one fine day..tiba-tiba tekak ni gatal lah pulak nak makan laksa johor u..

Alamak..camne tu..macam kompleks je nak masak. Paling last masak laksa johor rasanya masa undergrad days kat UK dalam 10 tahun lepas kot..macam de javu lah pulak kan..dok oversea je..nak kena masak laksa johor. Ye lah..kalau tak masak sendiri nak beli kat mana. Finally, menjadi lah jugak..satu periuk tinggi u..dalam 5 litre kot sebab periuk tu tulis max. volume 7.8 L..I masak dalam 3/4 of the periuk. Isy..isy..tahan 3 hari.


Lawa tak chap no.8 saya Aunt Nah?


Jemput makan Tuan Puan sekelian..

Resepinya adalah..

Laksa Johor dejavu Hanan's Style - resepi diperantauan

Bahan-Bahan:

A.Kuah

Bahan-bahan yang perlu diblend untuk menumis:
Bawang merah/besar - 4 biji
Bawang putih - 5 biji
Halia - 2 cm squares
Serai - 1-2 batang (I guna sebatang je..sebab itu je yg ada dlm fridge)
Lengkuas - 2-3 cm squares

Rempah kari - 2 bungkus kecil
Serbuk cili - 2 senduk (kalau cili kering lagi best-rendam dulu sebelum blend)
Kerisik* - 3-4 sudu besar
Santan - 2 tin (beli yang Coconut Cream bukan Coconut Milk..tapi kat M'sia belilah yg fresh)
Jus Asam jawa - 1 senduk (kalau boleh guna asam keping)
Ikan tuna - 500-600 gm yang fresh bukan dalam tin (kalau di M'sia, ikan parang yg. terbaik..sini tak ada. Ikan tuna I beli yang telah dipotong sekeping..besar betul)
Udang basah - 100-200 gm
Udang kering - segenggam
B. Bahan tabur (betul ke term ni..;):
Timun
Lobak masin/ caipo
Bawang besar
Daun selasih
Daun kesum (sini tak dak semenjak kedai vietnam tu tutup..dah tak de source dah)
Sambal belacan
Limau kasturi (sini mana ada..so I pakai lime atau limau nipis je)
-semua daun-daun tersebut perlulah dipotong halus-halus..lagi halus lagi berseni ok
C. Spaghetti
jangan lupa..mee lain is a big "no". Kalau pandai chap buat bentuk no. 8..anda memang orang johor sejati..kat overseas ni..hentam je la..sendiri mau makan.

Cara memasak:

A. Rebus ikan, udang basah (buang kulit) dan udang kering. Setelah masak toskan air (simpan air rebusan ini) buang tulang ikan dan blend ikan, udang2 semua dengan air rebusan


B. Rebus spaghetti dan buat chap kalau rajin atau expert


C. Masak kuah:

1. Masukkan santan 4-5 sudu besar ke dalam periuk dan kacau hingga pecah minyak dalam 5 minit. Oleh kerana terpaksa guna santan tin..minyak tak pecah lah pulak..so, tambah minyak masak sedikit. Apabila dah panas, masukkan bahan-bahan yang telah diblend iaitu bawang merah, bawang putih halia, serai, lengkuas.


2. Setelah agak garing (naik baunya), masukkan rempah kari dan cili serbuk (make sure rempah kari dan cili ini dipeskan dulu..bubuh air sikit..kalau tak cepat hangit) dan tumis sehingga garing.


3. Masukkan santan, ikan dan udang yang telah diblend dengan air rebusan. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.


4. Kacau sekali sekala. Bila dah menggelegak..dah masak lah tu dan boleh lah dihidang dan makan


P/S: Bila dah masak..macam senang lah pulak..resepi ni macam dah ada dalam kepala konon-konon. Cuma terpaksa confirm dgn Aunt. Nah wajib ke letak serai lengkuas..he..heh..memang wajib. Nasib baik le ada simpanan sikit itupun lengkuas dah macam ala ala expired je.


P/S2: Kalau le menulis resepi ni boleh convert jadi thesis write-up..dah siap dah 3 mukasurat thesis ku..tapi tak pelah..manalah tau nak masak lagi. Ada lah documentation dah buat on laksa johor ni.


*P/S3: Oh..kerisik tu..sini memang ke tak de. So, what I did was..I beli serbuk kelapa yang orang kat sini selalu buat topping untuk kek. I sanggarkan serbuk kelapa ni dalam 1-2 senduk atas kuali sampai bertukar warna brown, lepas tu I blend guna blender yang kontot tak yah guna air tu. Jadilah.

1 comment:

edrina said...

oh mmg kena buat bentuk 8 cam gi tu ek kak hanan? Kelass.. Adeh lapar la pulak peruts neh