Saya akui saya saintis yang tak pandai menulis kisah cinta. Apatah lagi menghasilkan sebuah filem seperti Cinta arahan Kabir Bathia yang popular tahun lepas di Malaysia. Saya dan suami menonton kisah tersebut..lebih kurang sama plot macam cerita Love Actually. Ada banyak cerita dalam satu cerita. Begitu juga dengan kajian yang sedang saya lakukan ini. Saya boleh kaitkan antara cinta manusia sama saja antara cinta sebatian yang sedang dikaji. Dalam kajian saya, saya adalah "match-maker" di antara dua jenis sebatian. Satu jenis sebatian datangnya daripada dalam bumi dan bersifat logam yang tiada unsur karbon di dalamnya (inorganic), manakala satu jenis sebatian lagi datangnya daripada tumbuh-tumbuhan dan mempunyai unsur karbon (organic). Seperti dalam kisah cinta, apabila dua jiwa bertemu, adalah diharapkan kedua-duanya akhirnya bersatu ke jinjang pelamin, tapi tidak semua kisah percintaan itu berakhir dengan kegembiraan. Ada yang bersatu, tetapi bercerai juga akhirnya disebabkan faktor lain yang menghalang (resistant factor) hubungan itu berterusan. Samalah dengan hasil kajian saya yang cuba "match-making" kan kedua jenis sebatian tersebut. Saya telah cuba "match-making" kan di antara empat jenis sebatian logam dan juga 6 jenis sebatian dari tumbuh-tumbuhan. Maknanya jika mereka ini manusia, saya perlu "match-making" kan 24 pasangan (couples). Jika kita samakan dengan sifat manusia, sebatian berunsur logam ini adalah seorang yang bengis tapi dalam hatinya baik manakala sebatian tumbuhan ini telah diketahui umum bersifat pemurah dan tidak banyak kerenah dan popular dikalangan umum (jadi tidak payah lah saya susah-susah hantar rombongan merisik untuk mengetahui sifat jahatnya). Hypothesis saya, dengan "match-making" kan sebatian logam ini dengan sebatian tumbuhan adalah untuk meghilangkan sifat "bengis" (toxic) sebatian logam ini dan menyerlahkan lagi sifat baik hatinya itu. Pada mulanya saya berdebar samada jika semua kisah cinta dua sebatian ini akan menemui kegagalan. Tetapi saya SUKA kerana saya telah menjumpai jawapannya semalam. Memanglah sama seperti manusia, ada beberapa "couples" yang saya "matchmaking" kan ini tak ngam langsung dan bersifat antagonis. Ada yang pada awal-awal ditemukan nampak baik belaka tetapi ianya tidak berkekalan.Agak pening jugak saya mahu menguruskan kisah cinta dua sebatian ini. Akhirnya, saya hanya memilih untuk menguruskan kisah cinta dua sebatian yang benar-benar "deeply in-love" (working synergy together). Selepas ini saya perlu mendapatkan cerita bagaimana kisah dua sebatian yang berjaya disatukan ini dapat mengekalkan kegembiraan mereka. Ikan dilaut asam didarat, dalam kuali bertemu juga.
Nota: Jangan salahkan saya, kan saya dah beritahu saya tak tahu menulis kisah cinta... :(
1 comment:
menariknya kisah cinta ini. dan all d best utk endingnya ya..
-ana
Post a Comment